5 Langkah Buka Perniagaan Sendiri

Membuka perniagaan sendiri mungkin menjadi dambaan bagi semua orang. Namun memulakan sesebuah perniagaan tidaklah semudah memetik jari. Ada perkara-perkara yang harus dipersiapkan, direncanakan dan dilaksanakan dengan ketekunan. Semak beberapa tips tentang bagaimana mempersiapkan diri untuk membuka sebuah perniagaan :

  1. PILIH RAKAN PERNIAGAAN YANG TEPAT
    Jika anda akan mencari rakan niaga, pastikan anda memilih yang tepat dan serasi. Pilihlah rakan perniagaan yang memiliki latar belakang perniagaan. Pengalaman yang diperoleh oleh rakan anda dapat membantu anda memajukan perniagaan. Anda juga boleh memilih rakan perniagaan yang kewangan yang kukuh kerana mereka memiliki kredit yang bagus untuk menjamin perniagaan yang bakal dibuka.
  2. LAKUKAN KAJIAN TERLEBIH DAHULU
    Kajian merupakan perkara utama yang perlu dilakukan sebelum memulakan perniagaan. Lakukan kajian terlebih dahulu misalnya di pasar raya, kedai runcit, pasar malam dan sebagainya. Tentukan siapa pengguna bakal membeli barangan yang ingin anda pasarkan. Tentukan mana yang akan jadi sasaran utama anda atau pelanggan anda menjadi lebih kecil. Fahami perbezaan antara pasar raya dan di mana anda boleh menarik lebih pelanggan.
  3. JAMINAN KEWANGAN
    Kewangan boleh menjadi masalah yang terbesar sebelum anda membuka sesebuah perniagaan tetapi ada beberapa jenis pilihan yang tersedia untuk mendapatkan modal. Ada boleh memilih untuk mengikut program keusahawanan dalam membangun perusahaan kecil-kecilan. Anda boleh memulakan untuk mengajukan pinjaman pada bank yang untuk perniagaan industri ringan misalnya atau anda boleh membuat pinjaman peribadi di bank selain memilih rakan perniagaan yang memiliki kewangan yang stabil.
  4. CIPTAKAN IMEJ ATAU POSISI JUALAN YANG BAIK
    Mulakan dengan membangunkan imej perniagaan anda. ‘Branding image’ anda di kalangan masyarakat luar dan juga kepada para pelanggan yang menjadi sasaran anda. Ianya termasuklah dalam soal strategi penjualan. Kembangkan ‘tagline’ anda dan tumpukan kepada pelanggan-pelanggan yang sesuai dengan produk yang anda pasarkan. Ciptakan sebuah imej yang mampu membuatkan anda dipercayai dan diyakini oleh kelompok sasaran pelanggan anda.
  5. BERHENTI BERFIKIR UNTUK MENDAPATKAN LABA SECEPAT KILAT
    Tidak dapat dinafikan bahawa bukan mudah untuk sesebuah perniagaan itu maju dan berjaya dalam jangka masa yang singkat. Kebanyakan perniagaan memerlukan waktu dan usaha, bahkan untuk memulakan sesuatu perniagaa, anda perlu berusaha dengan lebih keras bagi mendapatkan hasil seperti yang diharapkan. Saat anda memahami bahawa tiada jalan singkat untuk mendapatkan kejayaan selain tiada kejayaan tanpa usaha, anda tidak seharusnya menaruh harapan secara berlebihan atau yang tidak realistik. Persiapkan usaha, pengorbanan dan bahkan kemungkinan mengalami kerugian. Anda tidak akan menjadi kaya raya hanya dalam sekelip mata tetapi anda boleh berusaha ‘mencipta’ secara bertahap. Walau apa pun, yang penting ialah semangat untuk terus berusaha sehingga berjaya.

*Dipetik dari majalah Mingguan Wanita Ogos ’07

27 thoughts on “5 Langkah Buka Perniagaan Sendiri

  1. salam kepada anda,
    ada sesiapa yang berminat untuk menjadi rakan kongsi perniagaan bakeri di sektar johor bahru?jika berminat sila emailkan maklumat berserta nombor telefon anda ke email saya untuk dihubungi.
    terima kasih.

  2. salam kepada anda,
    ada sesiapa yang berminat untuk menjadi rakan kongsi perniagaan bakeri di sektar johor bahru?jika berminat sila emailkan maklumat berserta nombor telefon anda ke email saya wafiqz@yahoo.com untuk dihubungi.
    terima kasih.

  3. berminat membuka kedai pakaian muslimah dan cenderahati, dengan modal rm50,000.00 adakah perniagaan ini mampu bertapak. apakah langkah yang perlu saya lakukan untuk tujuan tersebut?

  4. Saya berminat nak buka kedai runcit d kwasan kg saya…kawasan ni stratigik sbb tumpuan org ramai tpi sya tidak tahu bagaimana nak mulakan..

    1. Program Transformasi Kedai Runcit

      Peluang terbuka kepada warganegara Malaysia untuk memperkembangkan/ menambahbaikan/ mengubahsuai perniagaan peruncitan anda.Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat) menyediakan bantuan dana melalui skim pinjaman mikro sehingga RM80,000 kepada pemohon yang berminat.

      Syarat Kelayakan:
      1)Warganegara Malaysia
      2)Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
      3)Pemilik kedai runcit berumur 18 tahun ke atas dan tidak melebihi umur 60 tahun.
      4)Keluasan kedai runcit tidak melebihi dua pintu (2500 kaki persegi)

      Skop Pembiayaan
      – Pengubahsuaian/menaik taraf premis perniagaan
      – Pembelian mesin atau peralatan
      – Modal kerja untuk pembelian stok

      Sila berhubung dengan Encik Emir di number 018-3237502 untuk keterangan lanjut.

  5. saya baru memulakan perniagaan Nasi Lemak Puyuh & Ayam Kampung di kolam pancing Jalan Reko, Kajang, berhampiran UKM. Walaupun pelanggan masih kurang, namun rata-rata pelanggan memuji sambal nasi lemak saya dan datang makan berulang. Ada juga kawan ingin membeli sambal saya untuk restorannya. Macam manakah saya nak cari pelabur / rakan kongsi / francaisor untuk memajukan perniagaan saya dengan cepat? Sesiapa berminat untuk jadi pelabur/rakan kongsi/francaisor boleh hubungi saya WAN (0126922953) LINDA (0123291765)atau datang terus untuk cuba di restoran saya. macam manakah saya

    1. Program Transformasi Kedai Runcit

      Peluang terbuka kepada warganegara Malaysia untuk memperkembangkan/ menambahbaikan/ mengubahsuai perniagaan peruncitan anda.Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat) menyediakan bantuan dana melalui skim pinjaman mikro sehingga RM80,000 kepada pemohon yang berminat.

      Syarat Kelayakan:
      1)Warganegara Malaysia
      2)Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
      3)Pemilik kedai runcit berumur 18 tahun ke atas dan tidak melebihi umur 60 tahun.
      4)Keluasan kedai runcit tidak melebihi dua pintu (2500 kaki persegi)

      Skop Pembiayaan
      – Pengubahsuaian/menaik taraf premis perniagaan
      – Pembelian mesin atau peralatan
      – Modal kerja untuk pembelian stok

      Sila berhubung dengan Encik Emir di number 018-3237502 untuk keterangan lanjut.

  6. saya berminat berniaga frozen food secara kecil-kecilan terlebih dahulu.. apa step yang perlu saya lakukan untuk continue dengan perniagaaan tersebut?

  7. 5 Langkah ini adalah penting. Kalau ikut 5 langkah ini mesti boleh untung. Margin kedai keuntungan runcit adalah kecil. Oleh itu, trafik manusia adalah penting. Lokasi kedai runcit perlu mempunyai banyak pelanggan tetapi kekurangan pesaing. Kedai runcit perlu mempunyai pelbagai produk dan sebagainya anda boleh menyeberangi menjual mereka.

    Mesin Bayaran Bil, Top Up & Money Pin (Indonesia,Bangladesh,Nepal)
    http://www.ezeelinkterminal.com

Leave a comment