Cara Format Telefon Bimbit Nokia Model S60

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Hari ini saya ingin berkongsi bagaimana untuk format telefon bimbit model S60-S80 dengan cara dail kod tertentu sahaja…Tapi pastikan sebelum format, backup segala data yang ada di dalam telefon bimbit anda seperti contact dan sebagainya. Data-data yang lain boleh disimpan dalam memory kad anda sebelum memulakan proses memformat.

Selalunya,telefon bimbit yang mengalami masalah lambat proses atau dijangkiti virus, perlu diformat supaya telefon bimbit lancar dan tidak perlu servis di kedai di mana kalau kita hantar ke kedai, cas akan dikenakan.Jadi adalah lebih baik kita pelajari cara format handset supaya kita tidak perlu lagi mengeluarkan duit kita semata-mata untuk format handphone kita. Sama juga seperti format komputer. Cuma cara format komputer berbeza kerana kita memerlukan kelengkapan seperti software windowsXP dan sebagainya untuk format. Tetapi telefon bimbit model S60 tidak memerlukan apa-apa software kerana ia telah disetting untuk menjadikan handphone anda seperti baru. Baiklah…Saya akan menerangkan cara bagaimana untuk format handphone anda..Cara nya amatlah mudah dengan hanya memasukkan kod yang saya akan beritahu sebentar lagi, anda akan terus dapat format handphone anda. Langkah-langkahnya ialah :-

  1. Backup segala data-data penting seperti contact, picture, dan data-data lain ke dalam memory kad anda. Jika semuanya telah di simpan di dalam memory kad, teruskan kepada langkah kedua. Terdapat perisian yang boleh backup contact name seperti SmartVcard dan PKtrans di mana anda dapat menyimpan data contact anda di dalam memory kad anda.
  2. Seterusnya, buka mmc anda dan keluarkan dari telefon bimbit anda.
  3. Buka semula telefon bimbit anda tanpa memory kad.
  4. Kemudian dial kod *#7370*. Pilih ‘yes’. Masukkan no kod telefon bimbit anda. Selalunya no kod telefon bimbit anda ‘default’ 12345 . Jika no kod itu betul, handphone anda akan ‘restart’. Maka, sesi format akan berlaku.
  5. Selepas itu, telefon bimbit anda akan jadi seperti baru.

Untuk langkah ke-4, jika anda terlupa password kod handphone anda, anda boleh menggunakan perisian mcode ataupun mastercode calculator, dengan hanya memasukkan no IMEI telefon bimbit anda, anda akan diberi kod untuk dimasukkan pada lock kod handphone anda. No IMEI telefon bimbit boleh didapati pada belakang bateri telefon bimbit anda.

Ini adalah pengalaman saya format telefon bimbit saya.Handphone ini telah diuji pada handphone nokia model S60 iaitu 3650,3660,Ngage,Ngage QD, 7650,7610 dan seangkatan dengannya.

nokia-ngage-qd.jpg

nokia_3650.jpg

 

nokia_7650.jpg

Advertisements

5 Antivirus untuk telefon bimbit Nokia

Anda risau telefon bimbit anda dijangkiti VIRUS??
Disini saya beri 5 jenis antivirus yang dapat menghapuskan virus di dalam telefon bimbit anda.

Ini adalah gambarajah antivirus tersebut yang akan terpapar dalam handphone nokia anda.Handphone ini sesuai untuk jenis symbian 60 iaitu handphone seperti n-gage,7650,3650,3660,6600 dan semua jenis yang seangkatan dengannya.

img6996_thumb.gif

Continue reading

MMC Telefon Bimbit anda Corrupt???

MMC Telefon Bimbit anda Corrupt???

Selain daripada format menggunakan funtions tools,->Memory, anda juga boleh menggunakan aplikasi ini untuk format telefon bimbit nokia anda. Jika anda format MMC dengan cara format pendrive biasa, kemungkinan telefon bimbit anda akan corrupt sekali lagi. Dengan menggunakan aplikasi ini adalah lebih cepat berbanding menggunakan funtions dalam telefon bimbit nokia anda.
Cara menggunakan aplikasi ini ialah :

  1. Masukkan memory kad reader dan memory kad.
  2. Komputer akan detect memory kad anda.
  3. Pilih saiz mmc anda yang tertera pada aplikasi (64 MB -1 GB)
  4. Kemudian pilih drive memory kad.
  5. Masukkan nama yang anda hendak setelah MMC anda diformat.
  6. Klik pada ‘Format MMC’
  7. Setelah siap, anda boleh memasukkan ke dalam telefon bimbit anda.

‘SELAMAT MENCUBA’

mmcmedic

Dapatkan MMC Medic disini

MMC

UltraMp3 versi 1.22 untuk Nokia

ultramp3

Muat turun perisian ini dan install dalam telefon bimbit anda.Untuk versi ini, anda tidak perlu risau sebab ianya adalah versi penuh. Sesuai untuk telefon nokia 3650,3660,7650 N-gage dan Ngage QD. Cara untuk memasukkan dalam telefon bimbit anda adalah dengan menghantar bluetooth atau pun dengan menyalin perisian ke dalam memory kad anda.Gunakan perisian handyfile/fexplorer/fileman untuk menginstall ke dalam telefon bimbit anda.Sekiranya anda tidak ada perisian tersebut, hubungi saya dan saya akan memberi anda percuma serta langkah-langkah untuk menyalin ke dalam memory kad anda.

Dapatkan UltraMp3 di sini..