Favicon for Pics – Cara membuat icon untuk laman web anda

favico.jpg

Tahukah anda cara untuk membuat icon untuk laman web anda? Pada laman web ini,anda tidak perlu lagi menukarkan format picture kepada ico. Apa yang anda perlu buat adalah dengan memilih gambar yang anda ingin jadikan sebagai icon, kemudian klik generate. Laman web ini akan automatik membuat icon web anda daripada image kepada icon.

Layari Favicon untuk melihat hasil gambar anda kepada icon.

‘SELAMAT MENCUBA’

Advertisements

Google Docs & Spreadsheets

Hari ini saya nak ceritakan laman web yang menarik untuk dilawati. Pernahkan anda dengar www.writely.com? Sekiranya anda mempunyai akaun google, anda mungkin pernah menggunakan program-program yang google lancarkan.Mungkin terlalu banyak program yang dibuat sehingga saya sendiri pun tak sempat nak explorer semuanya. Writely ini adalah satu web dimana anda dapat menyimpan segala apa yang ditaip ke dalam akaun anda.Writely ini telah direka oleh sebuah syarikat kecil tetapi sekarang ini Google telah membelinya. Jika anda biasa menggunakan Microsoft Word, tiada masalah bagi anda untuk menggunakan writely ini. Sekarang ini google telah integrated kan dengan program google iaitu Spreadsheets dan bagi yang dah ada akaun google, anda boleh terus mengakses ke web Google Docs sekiranya anda outstation atau sebagainya. Kedua-dua program ini menyerupai ‘Word’ dan ‘Excel’ dimana anda boleh mengupload fail word dan excel ke dalam Google Docs anda. Bagi syarikat kecil, memiliki lesen microsoft office mungkin agak mahal bagi yang baru memulakan perniagaan. Jika tidak biasa menggunakan Open Office, Google Docs adalah alternatifnya.

gdocs.jpg

GSpace – Google Mail Hard Drive

gspace

Dalam post yang lepas, saya ada ceritakan mengenai portable firefox. Tahukah anda di dalam firefox extension terdapat satu extension yang dipanggil GSpace? Gspace ini ialah satu extension di mana anda dapat menyimpan data, gambar serta lagu di dalam email anda. Gspace ini nampak seakan ftp dan anda boleh memasukkan data pada bila-bila masa dengan hanya klik pada icon gmail di sebelah kanan anda.Mungkin dengan 2.7 GB yang google telah beri pada kita, email sahaja memakan masa yang lama untuk dipenuhkan. Apa kata kita simpan data pula dalam email kita. Cuma anda dinasihatkan supaya tidak mengupload data ke dalam email anda sebanyak 1GB dalam masa sehari kerana mungkin akaun gmail anda akan ditahan dalam masa 24 jam. Selepas 24 jam, akaun anda seperti biasa semula. Anda hanya boleh upload 14MB untuk 1 fail. Tidak ada masalah la sekiranya anda ingin upload lagu atau pun image ke dalam akaun gmail anda.Untuk melihat bagaimana untuk upload ke gmail anda, boleh lawati laman web ini. Gspace help

Dapatkan extension ini di firefox anda. Gmail Space

Playstation 2 Emulator + BIOS

PS 2

Jika anda adalah peminat Playstation 2, saya ingin kongsikan bersama dimana anda boleh bermain PS2 di komputer anda dengan menggunakan Emulator dan BIOS ini untuk load DVD PS2. Tetapi pastikan anda mempunyai grafik kad supaya perjalanan permainan PS2 ini lancar dan tidak tersangkut-sangkut. Untuk dapatkan perisian ini, anda boleh download nya di sini.

Download
PS2 Emulator
BIOS

(Jika bandwidth sudah exceed, download pada mirror di bawah)

Playstation 2 + BIOS

Gambar di bawah adalah skrinshot bagi game yang telah dicuba untuk versi ps2 ini..

Resident Evil Outbreak 1 : Kelajuan (22fps) &
Resident Evil Outbreak 2 : Kelajuan (37.53fps)

Versi Jepun,Eur dan U.S.A terdapat dalam bios ini..Instruction ada dalam folder ini, dalam masa 2 minit, anda dah boleh main game..