Kenali diri melalui rambut

Kenali diri melalui rambut

1) RAMBUT LURUS –
bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu,dan pandai dalam menguruskan
sesuatu tanpa pertolongan

2) RAMBUT KERINTING TEBAL –
kurang bijak, degil, cemburu kuat, romantic,banyak pergaulan dan susah
dalam menyelesaikan masalah di ri , tidak suka termenung

3) RAMBUT KERENTING NEGRO-
bijak, ego, cemburu buta, romantic , memilih dan mudah mengamuk bila
susah hendak selesaikan masalah

4) RAMBUT IKAL MAYANG-
bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu,berfikiran terbuka, banyak
pergaulan, dan mudah memaaf kanseseorang dengan kesilapan lalu.

5) RAMBUT HALUS/LEMBUT-
bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan
perkerjaan dengan bersungguh-sungguh.

6) RAMBUT SIKIT-
bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang, ego,dan pandai
membuka perniagaan walaupun kecil.

7) RAMBUT PERANG-
kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf,sosial dan bijak la ri da ri pada
masalah.

8 ) RAMBUT TEBAL-
bijak, degil, cemburu, romantic, kasar, banyak kawan, dan pandai
mengambil hati seseorang.

9) RAMBUT KUSUT-
sangat bijak, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, garang, susah nak
memaafkan seseorang, dan pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa
pertolongan. (kalu nak nmpk bijak mcm empunya pesen rambut gini….
usahakasik kusut rambut korang….)

10) RAMBUT BERUBAN-
kurang bijak, suka termenung, sosial sikit,berfikiran terbuka dan pandai
selesaikan masalah di ri

11)TIADA RAMBUT-
(Botak) ..kesian

12) RAMBUT WARNA KEMER A H-MERAH A N A T A U
KEHIJAU-HIJAUAN –
itu rambutaaannnnnnnnnnnnnnnnnn….. HEHEHEHE

Advertisements
By syedas Posted in Umum

Syed Ashadi – Domain Terbaru

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Akhirnya saya telah membeli domain baru bagi menggantikan blog wordpress saya ini. Saya tetap akan postkan topik baru disini tetapi tidaklah aktif sangat. Mengapa saya mendapatkan hosting+domain sendiri kerana saya ingin mencuba widget-widget wordpress serta theme-theme yang terbaru supaya dapat mempelajari selok-belok wordpress dengan lebih mendalam. Di wordpress.com ini terdapat ‘limitation’ dimana anda tidak dapat mengubahsuai theme anda dan hanya dapat memilih theme-theme yang telah disediakan oleh wordpress sahaja. Lagi satu, sekiranya anda telah melanggar ‘Terms Of Service’ yang telah ditetapkan oleh wordpress.com maka, segala post anda akan hilang dan tidak dapat dikembalikan melainkan anda telah backup segala post anda. Saya juga tidak pasti apa yang terkandung dalam ‘Terms Of Service‘ wordpress kerana beberapa kawan saya telah di’terminate’kan akaunnya akibat terlanggar ‘Terms Of Service‘ wordpress. Jadi kesimpulannya, adalah selamat jika kita mempunyai wordpress kita sendiri dalam hosting kita sendiri dan untuk jangka masa yang panjang kerana kita dapat memanipulasikan wordpress kita sendiri. Tetapi jika anda faham ‘Terms Of Service‘ wordpress, teruskan setia bersama wordpress.com.

Sekian..

Layari Blog terbaru saya : http://syed.ashadi.net

By syedas Posted in Umum

AsaL 4 Batang SunGai Di SyuRga

AsaL 4 Batang SunGai Di SyuRga

Asalnya 4 Buah Sungai Di Syurga Bersabda Nabi s.a.w : "Semasa
aku Isra' dan naik ke langit yang tinggi, Malaikat Jibrail a.s
telah memberi kesempatan kepada aku untuk melihat ke dalam
semua Syurga Allah.

Aku lihat di dalamnya terdapat (4) empat buah sungai yang
besar-besar dan airnya bermacam-macam. Ada airnya dari susu,
ada airnya dari arak tetapi tidak memabukkan, ada airnya dari
madu dan ada airnya yg tidak masin.

Sesungguhnya keadaan ini samalah seperti firman Allah di dalam
al-Qur'an : "Didalam Syurga itu ada sungai yg airnya tidak
masin. Ada sungai yg airnya dari susu dan tidak pernah berubah
rasanya. Ada sungai dari arak yg lazat bagi yg meminumnya dan
ada sungai dari madu pilihan".

Aku bertanya kepada Jibrail a.s : "Wahai Jibrail a.s, dari
manakah asalnya sungai2 ini dan ke manakah akhirnya?"

Jibrail a.s menjawab : " Ya Rasulullah SAW, aku hanya tahu ia
mengalir ke dalam Telaga al-Kaustsar, asalnya tidak aku
ketahui."

Aku pun memohon petunjuk Allah lalu muncullah seorang Malaikat
dengan memberi salam. Setelah aku menjawab salamnya, dia
munyuruh aku memejamkan mataku. Lalu, aku pejamkan. Apabila
aku bukakan mataku semula, aku berada dekat sepohon pokok yg
besar. Aku lihat ada sebuah kubah yg amat besar diperbuat dari
permata yg putih berkilauan manakala pintu-pintunya dari jakut
hijau dan kunci-kuncinya dari emas.

Dan, aku lihat mengalir empat batang sungai dari bawahnya.

Aku mahu kembali tetapi ditahan oleh Malaikat dengan bertanya:
"Tidakkah engkau ingin melihat di dalamnya?"

Aku pun bertanya: "Bagaimana dapat aku masuk sedangkan
pintunya berkunci? Dimanakah kuncinya"

Jawab Malaikat itu: "Kuncinya di dalam tanganmu"

Tanyaku : "Dimana?"

Jawabnya: "Cukuplah engkau ucapkan Bismillahir rahmaanir
rahiim".

Lalu, aku ucapkan dan pintu itu pun terbuka dengan sendirinya
dan aku pun masuk ke dalamnya. Sungguh amat menakjubkan
ciptaan Allah azza wajalla, sungai-sungai itu memancutkan
airnya dari (4) empat buah liang yg besar-besar.

Melihat aku mahu keluar, Malaikat itu bertanya lagi kepadaku:
"Apakah engkau sudah cukup puas melihat permandangan ini?
Sesungguhnya masih ada yg engkau belum lihat. Cubalah engkau
perhatikan sekali lagi dengan baik2, dari apakah sungai2 itu
memancutkan airnya".

Lalu, aku perhatikan sekali lagi. Aku lihat terdapat kalimah
Bismillahir rahmaanir rahiim diantara (4) empat batang
tiangnya.

Dari huruf mim perkataan Bismillah, keluar air sungai tawar.
Dari lubang huruf ha' perkataan Allah, keluar air sungai susu.
Dari lubang huruf min perkataan Arrahmaan, keluar air sungai
arak. Dan, dari lubang huruf mim perkataan Arrahiim, keluar
air sungai madu.

Demikianlah asalnya (4) empat buah sungai di dalam syurga.
Dari itu, barangsiapa dari umatku yang membaca Bismillahir
rahmaanir rahiim, pasti akan dapat minum air sungai ini di
akhirat kelak.

-aminnn-

By syedas Posted in Uncategorized

Kaedah-kaedah menyediakan Mindset untuk melariskan jualan

Berjaya atau gagalnya dalam pemasaran dan kejurujualan berhubung rapat dengan penyediaan cara pemikiran atau mindset kita. Mereka yang mempunyai mindset yang negatif biasanya akan gagal dalam menjual sesuatu produk atau perkhidmatan. Ada beberapa tips penyediaan mindset yang boleh dilaksanakan setiap hari sehingga ia menjadi pemikiran atau mindset yang lahir dari jiwa anda secara automatik.

  1. TIP 1 :
    Selalu berfikiran positif. Berfikiran positif merupakan sifat atau attitude yang perlu dimiliki kerana sifat ini menjuruskan anda kepada kejayaan. Cubalah menguasai cara berfikir ini dan berusahalah untuk sentiasa berada di kalangan orang yang berfikiran positif. Jauhkan diri daripada mereka yang berfikiran negatif.
    Kita akan menghadapi banyak cabaran dan dugaan dalam pemasaran atau kejurujualan. Jika kita bertemu 10 orang, tidak mungkin semua akan membeli produk kita, Secara statistik, kebiasaanya mungkin hanya 2 orang sahaja yang akan membeli produk itu dan 2 orang lagi ‘atas pagar’ yang perlu kepada tindakan susulan. Jika perlu berfikiran positif dan perlu bekerja kuat untuk meyakinkan pelanggan ‘atas pagar’ tentang produk kita.
  2. TIPS 2 :
    Lupakan bayang-bayang kegagalan masa lalu. Jalani hidup harian dengan melupakan segala kegagalan yang lalu dan elakkan diri dari kerisauan terhadap masa hadapan. Jadikan cara fikir positif ini sebagai satu paksaan istimewa yang mesti sentiasa diamalkan.
    Mungkin dalam hidup, kita menghadapi banyak kegagalan yang boleh dijadikan iktibar kepada kita dan tidak perlu dikenang-kenang lagi. Apa yang sudah berlalu tidak mungkin dapat diubah lagi tetapi apa yang akan datang Insya-Allah sudah pasti dapat kita tangani dengan jayanya selagi kita mempunyai mindset yang positif. Jangan sekali-kali dibelenggu kegagalan masa lalu dengan membayangkan kegagalan tersebut dan merasa kesal. Ingat dalam mindset anda bahawa sebenarnya ‘tiada kegagalan melainkan pengalaman’. Ia bermaksud kegagalan masa lalu kita tukarkan kepada pengalaman. Kita perlu sentiasa bayangkan dalam minda kita pengalaman lalu yang boleh membantu kita mencapai kejayaan masa depan.
    Bayangkan pelanggan anda sentiasa tersenyum kepada anda. Bayangkan juga bahawa anda sentiasa mendapat jualan yang banyak pada bulan itu. Setiap kali bayangan kegagalan timbul, ubah pemikiran kepada bayangan positif.
  3. TIP 3 :
    Sentiasa mencuba sehingga berjaya. Setiap kali anda menemui kegagalan, gunakan sikap positif untuk mengubah kegagalan itu menjadi peluang untuk memperbaiki diri, bukan sebagai halangan kepada kejayaan.
    Gunakan istilah ‘tiada kegagalan dalam hidup hanya pengalaman sahaja’. Setiap kali kita menghadapi kegagalan, mindset kita perlu luahkan ungkapan ini dalam hati dan membantu kita mencuba sehingga berjaya.
    Kita juga perlu meletakkan matlamat untuk capai. Matlamat ini mesti mempunyai 3 peringkat iaitu untuk 1 bulan, 3 bulan dan 6 bulan. Matlamat ini mestilah sesuatu yang “reasonable possible” atau sesuatu yang boleh kita capai dengan usaha yang gigih bukan sesuatu impian atau cita-cita besar yang susah dicapai.
    Cita-cita besar yang susah dicapai boleh dijadikan matlamat jangka panjang untuk tempoh 5 tahun atau 10 tahun akan datang. Matlamat ini akan menjadi satu matlamat sepanjang hayat yang kita idam-idamkan sebagai sesuatu yang melengkapkan hidup kita dengan sempurna.
  4. TIP 4 :
    Bina harga diri. Harga diri berkait rapat dengan pencapaian kejayaan. Seseorang yang mempunyai tahap harga diri yang tinggi akan sentiasa membina kemampuan untuk mencapai kejayaan yang lebih besar. Ia tidak akan berpuas hati dengan tahap kejayaan semasa.
    Ini adalah tip yang terpenting kerana kita mesti mempunyai harga diri yang tinggi untuk membebaskan diri kita daripada kongkongan orang lain. Sebagai contoh bila kita di dalam sesuatu perniagaan, jangan mengharapkan kontrak dengan orang besar dengan mengampu dan merendahkan diri kita. Jika kita lakukan demikian akhirnya kita akan hilang harga diri. Walaupun kita perlu mendapatkan bantuan daripada orang-orang besar, kita mesti yakin bahawa bantuan itu adalah sekadar bantuan daripada seorang kawan kepada kawan yang lain. Kita mesti ingat bahawa yang memberi rezeki adalah Allah S.W.T dan bukan orang yang kita ampu. Dengan ini bila kita berjaya dalam bisnes, kita ketahui dan yakin bahawa ia berpunca daripada seorang yang mempunyai harga diri khalifatullah fir’ard atau dengan maksud khalifah Allah yang mampu mentadbir diri dan alam semesta.
    Ini adalah anugerah Tuhan. Sebenarnya kita adalah hamba Allah tetapi mempunyai harga diri sebagai pemimpin, pengaman dan penentu kejayaan diri dan alam semesta.
    Jika kita mengamalkan keempat-empat tip ini, insya-Allah kita sudah menyediakan mindset kita untuk berjaya dengan melariskan pemasaran dan jualan kita pada bila-bila masa.
By syedas Posted in Umum

5 Langkah Buka Perniagaan Sendiri

Membuka perniagaan sendiri mungkin menjadi dambaan bagi semua orang. Namun memulakan sesebuah perniagaan tidaklah semudah memetik jari. Ada perkara-perkara yang harus dipersiapkan, direncanakan dan dilaksanakan dengan ketekunan. Semak beberapa tips tentang bagaimana mempersiapkan diri untuk membuka sebuah perniagaan :

  1. PILIH RAKAN PERNIAGAAN YANG TEPAT
    Jika anda akan mencari rakan niaga, pastikan anda memilih yang tepat dan serasi. Pilihlah rakan perniagaan yang memiliki latar belakang perniagaan. Pengalaman yang diperoleh oleh rakan anda dapat membantu anda memajukan perniagaan. Anda juga boleh memilih rakan perniagaan yang kewangan yang kukuh kerana mereka memiliki kredit yang bagus untuk menjamin perniagaan yang bakal dibuka.
  2. LAKUKAN KAJIAN TERLEBIH DAHULU
    Kajian merupakan perkara utama yang perlu dilakukan sebelum memulakan perniagaan. Lakukan kajian terlebih dahulu misalnya di pasar raya, kedai runcit, pasar malam dan sebagainya. Tentukan siapa pengguna bakal membeli barangan yang ingin anda pasarkan. Tentukan mana yang akan jadi sasaran utama anda atau pelanggan anda menjadi lebih kecil. Fahami perbezaan antara pasar raya dan di mana anda boleh menarik lebih pelanggan.
  3. JAMINAN KEWANGAN
    Kewangan boleh menjadi masalah yang terbesar sebelum anda membuka sesebuah perniagaan tetapi ada beberapa jenis pilihan yang tersedia untuk mendapatkan modal. Ada boleh memilih untuk mengikut program keusahawanan dalam membangun perusahaan kecil-kecilan. Anda boleh memulakan untuk mengajukan pinjaman pada bank yang untuk perniagaan industri ringan misalnya atau anda boleh membuat pinjaman peribadi di bank selain memilih rakan perniagaan yang memiliki kewangan yang stabil.
  4. CIPTAKAN IMEJ ATAU POSISI JUALAN YANG BAIK
    Mulakan dengan membangunkan imej perniagaan anda. ‘Branding image’ anda di kalangan masyarakat luar dan juga kepada para pelanggan yang menjadi sasaran anda. Ianya termasuklah dalam soal strategi penjualan. Kembangkan ‘tagline’ anda dan tumpukan kepada pelanggan-pelanggan yang sesuai dengan produk yang anda pasarkan. Ciptakan sebuah imej yang mampu membuatkan anda dipercayai dan diyakini oleh kelompok sasaran pelanggan anda.
  5. BERHENTI BERFIKIR UNTUK MENDAPATKAN LABA SECEPAT KILAT
    Tidak dapat dinafikan bahawa bukan mudah untuk sesebuah perniagaan itu maju dan berjaya dalam jangka masa yang singkat. Kebanyakan perniagaan memerlukan waktu dan usaha, bahkan untuk memulakan sesuatu perniagaa, anda perlu berusaha dengan lebih keras bagi mendapatkan hasil seperti yang diharapkan. Saat anda memahami bahawa tiada jalan singkat untuk mendapatkan kejayaan selain tiada kejayaan tanpa usaha, anda tidak seharusnya menaruh harapan secara berlebihan atau yang tidak realistik. Persiapkan usaha, pengorbanan dan bahkan kemungkinan mengalami kerugian. Anda tidak akan menjadi kaya raya hanya dalam sekelip mata tetapi anda boleh berusaha ‘mencipta’ secara bertahap. Walau apa pun, yang penting ialah semangat untuk terus berusaha sehingga berjaya.

*Dipetik dari majalah Mingguan Wanita Ogos ’07

By syedas Posted in Umum