Kaedah-kaedah menyediakan Mindset untuk melariskan jualan

Berjaya atau gagalnya dalam pemasaran dan kejurujualan berhubung rapat dengan penyediaan cara pemikiran atau mindset kita. Mereka yang mempunyai mindset yang negatif biasanya akan gagal dalam menjual sesuatu produk atau perkhidmatan. Ada beberapa tips penyediaan mindset yang boleh dilaksanakan setiap hari sehingga ia menjadi pemikiran atau mindset yang lahir dari jiwa anda secara automatik.

  1. TIP 1 :
    Selalu berfikiran positif. Berfikiran positif merupakan sifat atau attitude yang perlu dimiliki kerana sifat ini menjuruskan anda kepada kejayaan. Cubalah menguasai cara berfikir ini dan berusahalah untuk sentiasa berada di kalangan orang yang berfikiran positif. Jauhkan diri daripada mereka yang berfikiran negatif.
    Kita akan menghadapi banyak cabaran dan dugaan dalam pemasaran atau kejurujualan. Jika kita bertemu 10 orang, tidak mungkin semua akan membeli produk kita, Secara statistik, kebiasaanya mungkin hanya 2 orang sahaja yang akan membeli produk itu dan 2 orang lagi ‘atas pagar’ yang perlu kepada tindakan susulan. Jika perlu berfikiran positif dan perlu bekerja kuat untuk meyakinkan pelanggan ‘atas pagar’ tentang produk kita.
  2. TIPS 2 :
    Lupakan bayang-bayang kegagalan masa lalu. Jalani hidup harian dengan melupakan segala kegagalan yang lalu dan elakkan diri dari kerisauan terhadap masa hadapan. Jadikan cara fikir positif ini sebagai satu paksaan istimewa yang mesti sentiasa diamalkan.
    Mungkin dalam hidup, kita menghadapi banyak kegagalan yang boleh dijadikan iktibar kepada kita dan tidak perlu dikenang-kenang lagi. Apa yang sudah berlalu tidak mungkin dapat diubah lagi tetapi apa yang akan datang Insya-Allah sudah pasti dapat kita tangani dengan jayanya selagi kita mempunyai mindset yang positif. Jangan sekali-kali dibelenggu kegagalan masa lalu dengan membayangkan kegagalan tersebut dan merasa kesal. Ingat dalam mindset anda bahawa sebenarnya ‘tiada kegagalan melainkan pengalaman’. Ia bermaksud kegagalan masa lalu kita tukarkan kepada pengalaman. Kita perlu sentiasa bayangkan dalam minda kita pengalaman lalu yang boleh membantu kita mencapai kejayaan masa depan.
    Bayangkan pelanggan anda sentiasa tersenyum kepada anda. Bayangkan juga bahawa anda sentiasa mendapat jualan yang banyak pada bulan itu. Setiap kali bayangan kegagalan timbul, ubah pemikiran kepada bayangan positif.
  3. TIP 3 :
    Sentiasa mencuba sehingga berjaya. Setiap kali anda menemui kegagalan, gunakan sikap positif untuk mengubah kegagalan itu menjadi peluang untuk memperbaiki diri, bukan sebagai halangan kepada kejayaan.
    Gunakan istilah ‘tiada kegagalan dalam hidup hanya pengalaman sahaja’. Setiap kali kita menghadapi kegagalan, mindset kita perlu luahkan ungkapan ini dalam hati dan membantu kita mencuba sehingga berjaya.
    Kita juga perlu meletakkan matlamat untuk capai. Matlamat ini mesti mempunyai 3 peringkat iaitu untuk 1 bulan, 3 bulan dan 6 bulan. Matlamat ini mestilah sesuatu yang “reasonable possible” atau sesuatu yang boleh kita capai dengan usaha yang gigih bukan sesuatu impian atau cita-cita besar yang susah dicapai.
    Cita-cita besar yang susah dicapai boleh dijadikan matlamat jangka panjang untuk tempoh 5 tahun atau 10 tahun akan datang. Matlamat ini akan menjadi satu matlamat sepanjang hayat yang kita idam-idamkan sebagai sesuatu yang melengkapkan hidup kita dengan sempurna.
  4. TIP 4 :
    Bina harga diri. Harga diri berkait rapat dengan pencapaian kejayaan. Seseorang yang mempunyai tahap harga diri yang tinggi akan sentiasa membina kemampuan untuk mencapai kejayaan yang lebih besar. Ia tidak akan berpuas hati dengan tahap kejayaan semasa.
    Ini adalah tip yang terpenting kerana kita mesti mempunyai harga diri yang tinggi untuk membebaskan diri kita daripada kongkongan orang lain. Sebagai contoh bila kita di dalam sesuatu perniagaan, jangan mengharapkan kontrak dengan orang besar dengan mengampu dan merendahkan diri kita. Jika kita lakukan demikian akhirnya kita akan hilang harga diri. Walaupun kita perlu mendapatkan bantuan daripada orang-orang besar, kita mesti yakin bahawa bantuan itu adalah sekadar bantuan daripada seorang kawan kepada kawan yang lain. Kita mesti ingat bahawa yang memberi rezeki adalah Allah S.W.T dan bukan orang yang kita ampu. Dengan ini bila kita berjaya dalam bisnes, kita ketahui dan yakin bahawa ia berpunca daripada seorang yang mempunyai harga diri khalifatullah fir’ard atau dengan maksud khalifah Allah yang mampu mentadbir diri dan alam semesta.
    Ini adalah anugerah Tuhan. Sebenarnya kita adalah hamba Allah tetapi mempunyai harga diri sebagai pemimpin, pengaman dan penentu kejayaan diri dan alam semesta.
    Jika kita mengamalkan keempat-empat tip ini, insya-Allah kita sudah menyediakan mindset kita untuk berjaya dengan melariskan pemasaran dan jualan kita pada bila-bila masa.
Advertisements
By syedas Posted in Umum

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s