Doa Awal Tahun & Akhir Tahun Hijriah

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”
Berikut adalah Doa Akhir Tahun

doa-akhir-thn0.jpg

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
“Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.
Berikut adalah Doa Awal Tahun

doa-awal-thn0.jpg

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

88 thoughts on “Doa Awal Tahun & Akhir Tahun Hijriah

  1. thanks a lot for both of the dua’…really appreciate ur contribution…may Allah bless u and our fellow brothers and sisters in islam…iAllah…ameen!!kullu ‘am wantum bikhair~

  2. aminnnnn
    mudah2an di awal tahun baru islam ini apa yg aku cita2 kan trercapai aminnnnn
    n semua yg terbaik buat aku di kabulkan ……

  3. Hatur nuhun atau matur nuwun pisan kang,, semoga di catat sebagai amal ibadah oleh Alloh s.w.t .. minta izin copy ya,,

  4. mohon ya…saya usda share tok fb saya…supaya dpt spread tis to my fwen…moga kalian mndpt rahmatNYA pd taun ini….amenn

  5. semoga tahun hijrah yang baru nie membuka lembaran baru untuk kita suma…
    selamat menyambut maal hijrah..

  6. Ustaz, saya tadi balik keje..
    saya tahu kena baca doa akhir dan awal tahun ni..
    tp sedih, x dpt baca, menunggu komuter yang terlalu lambat, sehingga kan saya tertinggal solat maghrib, dan sayang sekali, saya x sempat baca doa ini. Ustaz..sangat sedih.saya baca lepas Isyak.adakah msih di terima? 😦

  7. Selamat Tahun Baru 1432 H.
    Semoga kita selalu dilindungi Allah SWT. ‘n Bangsa Indonesia dijauhkan dari mala petaka.
    Salam sukses ……….

  8. selesai sdah saya membaca…..ya Allah perkenankanlah doa hambamu ini….moga semua umat muslimin akan mbacanya….mohon share ye….t.kasih

  9. ini bida’ah. kalau senang sangat terhapus doa dengan baca ni setahun sekali, kenapa kena solat dan sebagainya? umat islam jadi lemah sekarang ni sebab kita ni malas… sampai bab doa pun jadi malas. bab nak mendekatkan diri dengan Allah pun malas. kita malas nak berfikir, kita malas nak mengkaji alquran dan sebagainya. semuanya nak shortcut. nak masuk syurga pun nak shortcut.

  10. Di Penghujung Thn ni…Mari la Kita B’ramai2 membaca Doa Akhir Tahun Sebelum Maghrib S’byk 3 kali smoga perkara2 yg kita lakukan pd thn lpas diampun oleh ALLAH S.W.T…..dan selepas azan maghrib abis mari kita skali lagi membaca Doa Awal Tahun supaya perkara2 yg akn dtg pd thn baru dapat diberkati & dilindungi olehNYA….Insyaallah….Kpd semua umat2 Islam di muka bumi ini….SALAM MAAL HIJRAH….HIJRAH KN DIRI KITA KE ARAH KEBAIKAN DAN SENTIASA DIBERKATI OLEHNYA DI DUNIA DAN DI AKHIRAT….AMIN…

  11. Wahai ‘umat islam prihatin’..apa yang anda belajar tentang Islam?…bukannya dengan baca doa ini kita tak perlu buat apa lagi..ini sebahagian kecil daripaada apa yang patut kita buat…Astarghfirullahalazim.. Saya tak malas,,selalunya orang mengata itu lebih..malah saya guna internet ini untuk tambah ilmu bukan mengkritik orang yang buat kerja baik…memperjuangkan Islam..Zaman ini zaman internet..rata2 orang terutamanya remaja berkawan dengan internet…bukankah inI salah satu cara menyebarkan Islam kepada mereka…biarpun cuma sedikit..orang kristian berlumba2 guna benda ini untuk memperjuangkan agamanya dengan shortcut yang anda kata itu….kecil hati saya dengan sikap anda..sebaliknya anda bersyukur..sebab dimana saja anda berada anda masih mampu nak baca doa ini..tak perlu tunggu kat rumah jika tak sempat…. contohnya saya..dari tengahari tadi cari buku doa saya yang ada doa .akhir tahun dan awal tahun..tak jumpa2.Tiba2 teringat mesti ada kat laman web…so saya terus klik…itu malas ke atau sesuatu yang berfaedah…yang beri manfaat ….jangan fikir depan belakang kanan kiri..sipi2 pun kena fikir juga…Maaf jika terkasar tapi itulah yang terkeluar dari hati bila baca komen anda…yang baik itu datang dari Allah yang jahat itu dari saya sendiri….

  12. Selamat tinggal Tahun H1433 dan Selamat Datang Tahun H1434…semoga Tahun H1434 lebih baik dari Tahun H1433 … amiiien

  13. Syukur. Diberikan ruang untuk bernafas dan semoga tahun ini akan membawa perubahan dan semangat keikhlasan tinggi dalam melaksanakan perintah Allah s.w.t.

  14. Selamat Ma’al Hijrah dan Selamat Menyambut Awal Muharram 1434H, syukur alhamdullilah….dan atas keizinNYA jua saya sempat click dan baca doa ini ..terima kaseh pada anda..

    1. Salam. Syukur atas keizinannya kita bertemu di tahun 1434H. Semoga tahun ini kita akan mendapat rahmat dari Allah dan diberikan keampunan atas kesilapan dan kealpaan. Sama-samalah kita berdoa agar negara kita dihindari daripada malapetaka dan bencana-bencana seperti dialami oleh tempat yang lain.

  15. SALAM MAAL HIJRAH WAT SEMUA.. ALHAMDULILLAH.. TME KASIH.. SMOGE KTE SAME2 BERHIJRAH KEARAH YG JAUH LEBIH BAIK DR SEBELUM NI.. SMOGE ALLAH SENTIASE BERSAMA KTE.. SMOGE ALLAH PELIHARA & BERKATI HIDUP KTE.. DAN SMOGA ALLAH PERMUDAHKN SEGALA URUSAN KTE DIDUNIA & DIAKHIRAT..AMIN INSYAALAH..MAAF BOLEH SAYA TANYA X.. KALAU SY TNGAH UZUR BOLEH X BACE DOA INI?? TQ..=)

Leave a comment