SPESIFIKASI PEMBUKA DURIAN UNTUK KEGUNAAN UMUM

Seperti yang dijanjikan dalam post yang lepas, aku akan beri satu contoh mengenai spesifikasi rekabentuk, berikut adalah contoh yang aku akan buat sebagai panduan memulakan projek membuat ‘Durian Peeler’.

SPESIFIKASI PEMBUKA DURIAN UNTUK KEGUNAAN UMUM

1. TAJUK : ‘DURIAN PEELER’

2. LATARBELAKANG PROJEK

  • Untuk merekabentuk pembuka durian yang boleh disesuaikan untuk kegunaan umum.
  • Masalah yang sering dihadapi oleh peminat buah durian adalah seperti tangan luka, lambat untuk menikmati isi dalam buah dan dapat membuka durian yang banyak dengan cepat.
  • Melalui rekabentuk ini pengguna dapat menjimatkan masa membuka durian dan lebih selamat berbanding menggunakan tangan untuk membuka.’

3. SKOP SPESIFIKASI

  • Spesifikasi ini akan menyenaraikan bidang-bidang utama yang akan menjadi garispanduan rekabentuk pembuka durian tersebut.
  • Bidang-bidang berikut akan di ambilkira dalam spesifikasi ini :

3.1 Aktiviti-aktiviti utama yang memerlukan penggunaan pembuka durian
3.2 Penentuan saiz dan dimensi rekabentuk
3.3 Kaedah penggunaan pembuka durian ini termasuk keselamatan
3.4 Anggaran harga maksimum produk.

 

4. PIHAK YANG AKAN DIRUJUK

4.1 Kementerian Pendidikan Malaysia Bahagian Teknikal dan Vokasional
4.2 Kementerian Pertanian Malaysia

5. PRESTASI

5.1 Pembuka durian tersebut hendaklah tinggi dan mampu dikendalikan ( ditolak dan disimpan oleh pengguna iaitu tidak melebihi 100kg serta mudah di alihkan.
5.2 Pembuka durian tersebut boleh digunakan untuk memotong sebuah durian
5.3 ‘Durian Peeller’ ini bersaiz kecil , mudah dikendalikan dan disimpan di bahagian belakang kereta dan di stor rumah.
5.4 Produk ini boleh mengupas durian dengan lebih selamat dan efektif berbanding menggunakan cara konvensional (menggunakan parang/kapak)
5.5 Produk ini boleh mengupas pelbagai jenis saiz dan jenis durian.
5.6 Bentuk bagi produk ini lebih kukuh dan tegap bagi memudahkan kerja-kerja mengupas durian.

6. ERGONOMIK

6.1 ‘Durian Peeler’ ini mampu untuk dikendalikan oleh kaum lelaki dan wanita dewasa termasuk pelajar sekolah menengah (lingkungan umur 15 hingga 17 tahun)
6.2 Saiz ‘Durian Peeler’ hendaklah bersesuaian dengan saiz kenderaan-kenderaan yang berada di Malaysia supaya mudah dikendalikan dan di bawa ke mana-mana.
6.3 Berat dan kaedah penyimpanan hendaklah sesuai dengan kemampuan semua pihak.
6.4 Segala arahan penggunaan dan tanda amaran mestilah dipamerkan dengan jelas dan terperinci.

 

7. ESTETIK DAN KEKEMASAN

7.1 Warna produk hendaklah harmoni dengan warna persekitaran.
7.2 Permukaan produk hendaklah sesuai dengan pengguna.
7.3 Imej produk hendaklah sesuai dengan umur yang disebutkan

 

8. BAHAN

8.1 Bahan yang digunakan hendaklah tahan lasak, tahan hentakan, tahan calar, tahan karat, dan tidak mudah rosak.
8.2 Bahan yang digunakan hendaklah mudah dibersihkan
8.3 Bahan yang mudah habis hendaklah boleh diganti

9. KUANTITI – JUMLAH UNIT YANG DIPERLUKAN

9.1 Bilangan yang akan dikeluarkan adalah menyamai nilai yang diperlukan oleh pengguna yang mengalami masalah membuka durian

10. PENYELENGGARAAN

10.1 Keperluan penyelenggaraan hendaklah minimum.
10.2 Penyelenggaraan akan dilakukan oleh syarikat yang menjual produk ini.


11. PERSAINGAN

11.1 Tiada lagi produk sedemikian di pasaran kerana tiada promosi untuk produk ini.

12. HAYAT PRODUK

12.1 Produk hendaklah mampu digunakan untuk tempoh 10 tahun bergantung kepada penggunaan produk tersebut.

13. KESELAMATAN

13.1 Produk mestilah mematuhi syarat-syarat dan standard-standard keselamatan yang telah ditetapkan oleh MS (Malaysia Standard) dan ISO (International Standard Organization).
13.2 Rekabentuk mestilah mengelakkan sebarang kemungkinan kecederaan kepada pengguna ketika menggunakan produk tersebut terutama semasa mata pembuka durian tersebut diturunkan untuk membuka durian.
13.3 Segala bucu hendaklah dilindungi
13.4 Bahagian yang merbahaya juga perlu dilindungi
13.5 Tanda amaran hendaklah jelas dan mudah difahami

14. UJIAN

14.1 Produk akan diuji menggunakan protaip dan diuji di sebuah bengkel yang akan ditentukan kemudian dalam tempoh 3 bulan.
14.2 Kaedah Ujian mestilah mengikut peraturan yang digariskan oleh Kementerian Pertanian Malaysia mengenai alat baru.

15. KOS PRODUK

15.1 Kos produk ( harga jualan tidak melebihi RM 100 )

16. JANGKAMASA PROJEK

16.1 Lukisan protaip akan disiapkan dalam tempoh 2 bulan daripada permulaan projek
16.2 Protaip akan disiapkan 1 bulan daripada tarikh 1/10/2006
16.3 Produk akan mula dipasarkan 3 minggu setelah tamat ujian

17. PATEN

17.1 Paten yang berkaitan adalah seperti dalam lampiran.

durian peeler2 durian peeler1

 

 


Advertisements

2 comments on “SPESIFIKASI PEMBUKA DURIAN UNTUK KEGUNAAN UMUM

  1. assalamualaikum syed…sayaa tertarik dgn rekabentuk syed..idea yang cukup bernas..boleh syed nyatakan apakah alatan dan kompenen yg dperlukan untuk menyiapkan rekabentuk ini.

  2. Ass.

    Maaf boleh saya tanya matrial apa yg digunakan untuk alat ini penggunaan pada kontruksi juga pisau dan cara kerja pada pisau apakah ada pengembangan. Terima kasih

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s