Feeds:
Posts
Comments

WiFI Radar (Bagaimana untuk ‘access’ Wireless di mana sahaja dan bila-bila masa sahaja)

Sesuatu yang seharusnya percuma…’Wifi Radar’ ini membantu anda mengaccess ‘open wireless access point’ dengan hanya 1 klik tetikus sahaja. Perisian ini diberi percuma bagi yang tidak tahu penggunaan wireless di windows XP anda.

Jika anda pernah cuba ‘Windows XP’s built-in connection manager’ , kita tahu yang ianya sukar untuk mengaccess ke email, atau ‘browser’ yang membolehkan kita melayari internet. Anda perlu memilih senarai ‘access point’ yang ada, kemudian pilih wireless yang ‘open’, connect secara manual , confirmkan dan tunggu…Walaupun dia kata dah connect, masih tidak buka laman web atau email anda…Dengan menggunakan perisian ini, masalah tersebut dapat di atasi kerana ianya mudah sebab mengandungi ‘automated’ sistem. Tujuan utamanya adalah untuk memudahkan anda menerima email atau surf internet tanpa melalui masalah ‘connection problem’ serta tidak perlu menggunakan kredit kad untuk mengaccess wireless yang berbayar. Biarkan ia mencari dan ia akan menyambungkan anda ke internet dengan PERCUMA. Tiada yang semudah ini…Jom kite tgk video ni bagaimana mereka ni access menggunakan software nih…

3 Cerita Menarik

CERITA 1

rm1.jpg

rm5.jpg

Duit seringgit telah bertemu dengan lima puluh ringgit dan bertanya:
“Oit,lama tak nampak, mana ko pergi?”
Lima puluh menjawab ” Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola,
Naik STAR Cruise, gi KK naik AirAsia, lepak One Utama, konsert AF,
M’sianIdol..tempat2 cam tuh lah. Eh, ko camner lak?”

Duit seringit menjawab perlahan seraya menunduk, “Hmm..biasa lah..
Balik-balik tempat sama.. surau, masjid, surau… “.
Moral of the story: Takkan la asyik-asyik nak derma RM1 je kat mesjid
Or surau, tambah la sikit..

CERITA 2

cow1.gif

yellowdog.gif

Antara Pegang Awek & Pegang Anjing

LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?

ANJING: Aku tengah tension nih . Mau je aku gigit manusia tadi.

LEMBU : eh? kenapa ?

ANJING: aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yg sedang
berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata
“hoi anjing , pergi jauh-jauh, najis!”.

LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.

ANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh
disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?

LEMBU: Betul tu . Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg
sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh
suci sekalipun di samak.

ANJING: Wah .. ayat ko me man g power la… manusia kena ubah pepatah “Pandai macam LEMBU”

Sedikit Penjelasan:

Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada ibnu majah menyatakan
bahawa ?Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik
berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram?.

Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh
anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat).

Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi,
menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.

Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya , ?Sesungguhnya
kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum
yang bukan sejenis yang tidak halal baginya . (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)
CERiTA 3

tembikai.JPG

Terdidik Kerana Sebiji Tembikai
Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq
Al-Balkhir telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai
itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.

Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: “Kepada siapa engkau tujukan
marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah
tembikai itu?.” Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.
Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya:

“Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada
barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli
barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap
hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau
tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini.

Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya.”
Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah
dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

Hanya Ingin Mengingatkan ….

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali …

1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan “Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah”, supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya

1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

Ada 4 di pandang sebagai ibu “, iaitu :

1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.
Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.
Beberapa kata renungan dari Qur’an :

Orang Yang Tidak Melakukan Solat:
Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Hari ini saya ingin berkongsi bagaimana untuk format telefon bimbit model S60-S80 dengan cara dail kod tertentu sahaja…Tapi pastikan sebelum format, backup segala data yang ada di dalam telefon bimbit anda seperti contact dan sebagainya. Data-data yang lain boleh disimpan dalam memory kad anda sebelum memulakan proses memformat.

Selalunya,telefon bimbit yang mengalami masalah lambat proses atau dijangkiti virus, perlu diformat supaya telefon bimbit lancar dan tidak perlu servis di kedai di mana kalau kita hantar ke kedai, cas akan dikenakan.Jadi adalah lebih baik kita pelajari cara format handset supaya kita tidak perlu lagi mengeluarkan duit kita semata-mata untuk format handphone kita. Sama juga seperti format komputer. Cuma cara format komputer berbeza kerana kita memerlukan kelengkapan seperti software windowsXP dan sebagainya untuk format. Tetapi telefon bimbit model S60 tidak memerlukan apa-apa software kerana ia telah disetting untuk menjadikan handphone anda seperti baru. Baiklah…Saya akan menerangkan cara bagaimana untuk format handphone anda..Cara nya amatlah mudah dengan hanya memasukkan kod yang saya akan beritahu sebentar lagi, anda akan terus dapat format handphone anda. Langkah-langkahnya ialah :-

  1. Backup segala data-data penting seperti contact, picture, dan data-data lain ke dalam memory kad anda. Jika semuanya telah di simpan di dalam memory kad, teruskan kepada langkah kedua. Terdapat perisian yang boleh backup contact name seperti SmartVcard dan PKtrans di mana anda dapat menyimpan data contact anda di dalam memory kad anda.
  2. Seterusnya, buka mmc anda dan keluarkan dari telefon bimbit anda.
  3. Buka semula telefon bimbit anda tanpa memory kad.
  4. Kemudian dial kod *#7370*. Pilih ‘yes’. Masukkan no kod telefon bimbit anda. Selalunya no kod telefon bimbit anda ‘default’ 12345 . Jika no kod itu betul, handphone anda akan ‘restart’. Maka, sesi format akan berlaku.
  5. Selepas itu, telefon bimbit anda akan jadi seperti baru.

Untuk langkah ke-4, jika anda terlupa password kod handphone anda, anda boleh menggunakan perisian mcode ataupun mastercode calculator, dengan hanya memasukkan no IMEI telefon bimbit anda, anda akan diberi kod untuk dimasukkan pada lock kod handphone anda. No IMEI telefon bimbit boleh didapati pada belakang bateri telefon bimbit anda.

Ini adalah pengalaman saya format telefon bimbit saya.Handphone ini telah diuji pada handphone nokia model S60 iaitu 3650,3660,Ngage,Ngage QD, 7650,7610 dan seangkatan dengannya.

nokia-ngage-qd.jpg

nokia_3650.jpg

 

nokia_7650.jpg

assalam.gif

Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat semua pengunjung blog saya ini…
Dah lama saya tak update blog saya ni.Hari ini saya ingin memperkenalkan suatu perisian dimana anda dapat mengetahui waktu solat yang terkini di desktop komputer anda.Bukan sahaja dapat perisian waktu azan.Malah terdapat tazkirah yang dapat membimbing anda menjadi seorang muslim yang soleh.Terdapat hadis-hadis Rasullullah,Firman-firman Allah serta riwayat dari para sahabat Rasulullah. Peringatan ini bagus untuk membentuk peribadi seorang mukmin.

Di bawah ini adalah gambarah perisian waktu solat :

azan.jpg waktu.jpg

tazkirah1.jpg

Anda boleh dapatkan perisian ini di blog satay DIY dan boleh beli sekali rempah SATAY DIY atau download terus di sini.

Diharap perisian ini dapat memberi manfaat kepada semua umat ISLAM.
SELAMAT MENCUBA…

favico.jpg

Tahukah anda cara untuk membuat icon untuk laman web anda? Pada laman web ini,anda tidak perlu lagi menukarkan format picture kepada ico. Apa yang anda perlu buat adalah dengan memilih gambar yang anda ingin jadikan sebagai icon, kemudian klik generate. Laman web ini akan automatik membuat icon web anda daripada image kepada icon.

Layari Favicon untuk melihat hasil gambar anda kepada icon.

‘SELAMAT MENCUBA’

LinguaWeb trial

linguaweb-trial_main.gif

LinguaWeb Trial adalah sebuah sistem penterjemahan bagi Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu yang kini sedang menjalani proses percubaan untuk menilai kemampuannya menampung penggunaan secara di atas talian. Sistem ini boleh diakses melalui laman web www.linguamatix.com/linguaweb atau www.citcat.com secara percuma tanpa sebarang pendaftaran.

Sekira anda ingin menterjemah bahasa inggeris ke bahasa melayu, taip je www.citcat.com

Google Docs & Spreadsheets

Hari ini saya nak ceritakan laman web yang menarik untuk dilawati. Pernahkan anda dengar www.writely.com? Sekiranya anda mempunyai akaun google, anda mungkin pernah menggunakan program-program yang google lancarkan.Mungkin terlalu banyak program yang dibuat sehingga saya sendiri pun tak sempat nak explorer semuanya. Writely ini adalah satu web dimana anda dapat menyimpan segala apa yang ditaip ke dalam akaun anda.Writely ini telah direka oleh sebuah syarikat kecil tetapi sekarang ini Google telah membelinya. Jika anda biasa menggunakan Microsoft Word, tiada masalah bagi anda untuk menggunakan writely ini. Sekarang ini google telah integrated kan dengan program google iaitu Spreadsheets dan bagi yang dah ada akaun google, anda boleh terus mengakses ke web Google Docs sekiranya anda outstation atau sebagainya. Kedua-dua program ini menyerupai ‘Word’ dan ‘Excel’ dimana anda boleh mengupload fail word dan excel ke dalam Google Docs anda. Bagi syarikat kecil, memiliki lesen microsoft office mungkin agak mahal bagi yang baru memulakan perniagaan. Jika tidak biasa menggunakan Open Office, Google Docs adalah alternatifnya.

gdocs.jpg

gspace

Dalam post yang lepas, saya ada ceritakan mengenai portable firefox. Tahukah anda di dalam firefox extension terdapat satu extension yang dipanggil GSpace? Gspace ini ialah satu extension di mana anda dapat menyimpan data, gambar serta lagu di dalam email anda. Gspace ini nampak seakan ftp dan anda boleh memasukkan data pada bila-bila masa dengan hanya klik pada icon gmail di sebelah kanan anda.Mungkin dengan 2.7 GB yang google telah beri pada kita, email sahaja memakan masa yang lama untuk dipenuhkan. Apa kata kita simpan data pula dalam email kita. Cuma anda dinasihatkan supaya tidak mengupload data ke dalam email anda sebanyak 1GB dalam masa sehari kerana mungkin akaun gmail anda akan ditahan dalam masa 24 jam. Selepas 24 jam, akaun anda seperti biasa semula. Anda hanya boleh upload 14MB untuk 1 fail. Tidak ada masalah la sekiranya anda ingin upload lagu atau pun image ke dalam akaun gmail anda.Untuk melihat bagaimana untuk upload ke gmail anda, boleh lawati laman web ini. Gspace help

Dapatkan extension ini di firefox anda. Gmail Space

PS 2

Jika anda adalah peminat Playstation 2, saya ingin kongsikan bersama dimana anda boleh bermain PS2 di komputer anda dengan menggunakan Emulator dan BIOS ini untuk load DVD PS2. Tetapi pastikan anda mempunyai grafik kad supaya perjalanan permainan PS2 ini lancar dan tidak tersangkut-sangkut. Untuk dapatkan perisian ini, anda boleh download nya di sini.

Download
PS2 Emulator
BIOS

(Jika bandwidth sudah exceed, download pada mirror di bawah)

Playstation 2 + BIOS

Gambar di bawah adalah skrinshot bagi game yang telah dicuba untuk versi ps2 ini..

Resident Evil Outbreak 1 : Kelajuan (22fps) &
Resident Evil Outbreak 2 : Kelajuan (37.53fps)

Versi Jepun,Eur dan U.S.A terdapat dalam bios ini..Instruction ada dalam folder ini, dalam masa 2 minit, anda dah boleh main game..

Mozilla Firefox versi Portable

firefox-screen.png
Tahukah anda firefox mempunyai versi portable?Apa bezanya antara firefox biasa dan firefox portable?

Apa yang membezakan firefox biasa dan firefox versi portable ialah anda tidak perlu lagi install ke dalam komputer yang tidak mempunyai mozilla firefox.Dengan hanya menyimpan firefox portable ini dalam pendrive, anda terus dapat menjalankan perisian firefox portable ini dikaca monitor CC atau komputer kawan anda. Mungkin anda rasa berbeza jika menggunakan internet explorer. Jadi apa kata kita tukarkan browser kita kepada firefox. Lebih banyak feature yang kita akan dapat seperti theme dan extension. Keistimewaan mozilla firefox portable ini, segala bookmark yang anda simpan, serta extension dan theme yang anda telah install, akan disimpan dalam thumbdrive anda. Jadi anda tidak perlu lagi risau sekiranya anda terlupa alamat laman web yang anda ingin lawati kerana segalanya telah tersimpan dalam pendrive/thumbdrive anda.

Dapatkan

Mozilla Firefox – versi biasa Get Firefox!

Mozilla Firefox – versi Portable Get Firefox!

« Newer Posts - Older Posts »