Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Akhirnya saya telah membeli domain baru bagi menggantikan blog wordpress saya ini. Saya tetap akan postkan topik baru disini tetapi tidaklah aktif sangat. Mengapa saya mendapatkan hosting+domain sendiri kerana saya ingin mencuba widget-widget wordpress serta theme-theme yang terbaru supaya dapat mempelajari selok-belok wordpress dengan lebih mendalam. Di wordpress.com ini terdapat ‘limitation’ dimana anda tidak dapat mengubahsuai theme anda dan hanya dapat memilih theme-theme yang telah disediakan oleh wordpress sahaja. Lagi satu, sekiranya anda telah melanggar ‘Terms Of Service’ yang telah ditetapkan oleh wordpress.com maka, segala post anda akan hilang dan tidak dapat dikembalikan melainkan anda telah backup segala post anda. Saya juga tidak pasti apa yang terkandung dalam ‘Terms Of Service‘ wordpress kerana beberapa kawan saya telah di’terminate’kan akaunnya akibat terlanggar ‘Terms Of Service‘ wordpress. Jadi kesimpulannya, adalah selamat jika kita mempunyai wordpress kita sendiri dalam hosting kita sendiri dan untuk jangka masa yang panjang kerana kita dapat memanipulasikan wordpress kita sendiri. Tetapi jika anda faham ‘Terms Of Service‘ wordpress, teruskan setia bersama wordpress.com.
Sekian..
Layari Blog terbaru saya : http://syed.ashadi.net












salam,
saya nak tanya sikit, sy guna n81 8gb, sy nak tahu macam mana untuk install game n-gage pd fon sy tu?
tq